Madinah dilanda bah teruk

Video tular di media sosial menunjukkan banjir berlaku di Madinah. Agensi
Video tular di media sosial menunjukkan banjir berlaku di Madinah. Agensi
A
A
A

RIYADH - Banjir akibat hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sehingga memaksa penutupan jalan raya dan sekolah di tengah-tengah amaran perjalanan dikeluarkan Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM).

Rakaman dilaporkan Sky News dan media lain yang tular di laman media sosial menunjukkan banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.

Rakaman yang dikongsi menunjukkan hujan lebat melanda berhampiran kawasan Masjid Al-Nabawi.

Pada Isnin, NCM mengeluarkan amaran tahap merah di wilayah Madinah sambil meramalkan hujan lebat dan ribut petir, angin kencang dan hujan batu turut berlaku di Al-Ula.

Bencana ini berlaku selepas banjir kilat melanda Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman baru-baru ini.

Pada November 2022, bandar Jeddah dilanda banjir kilat sehingga mengorbankan dua orang.

Difahamkan banjir yang berulang di bandar tersebut berpunca daripada kekurangan saliran mengalirkan air hujan. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Banjir akibat hujan lebat melanda bahagian utara Arab Saudi sehingga memaksa penutupan jalan raya dan sekolah di tengah-tengah amaran perjalanan dikeluarkan Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM). Rakaman dilaporkan Sky News dan media lain yang tular di laman media sosial menunjukkan banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras. #SinarHarian#SinarTerkini#Banjir#Kilat#Bencana#Madinah#ArabSaudi original sound - Sinar Harian