Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki diberkas pada Ahad untuk siasatan kejadian simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.

Menurutnya, lelaki berusia lingkungan 20-an itu telah direman dua hari sehingga Selasa untuk siasatan lanjut.

"Siasatan masih dijalankan untuk ketahui motif kejadian.

"Setakat ini pihak polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk mangsa (Faisal)," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambah beliau, polis juga akan memanggil beberapa saksi bebas pada Isnin untuk membantu siasatan.

Difahamkan, dalam kejadian pada Ahad, pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.

Faisal kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Artikel Berkaitan:

Berikutan itu, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!