Dr Akmal dinasihat tegur Ahmad Zahid

Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dinasihatkan supaya menegur kepimpinan UMNO terutama Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa permainkan sumpah dan nama ALLAH terlebih dahulu sebelum mempolemikkan isu sekolah vernakular.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, ia berikutan tindakan tersebut menghina nama ALLAH seperti kes stokin KK Mart malah, lebih hina kerana mempermainkan sumpah laknat.

“Ketika nak dapat sokongan Melayu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sanggup bersumpah dan permainkan nama ALLAH.

"Nak selamatkan tengkuk punya pasal. Rupanya belakang-belakang buat perjanjian syaitan.

“Jangan salahkan rakyat kalau mereka marah dan rasa tertipu bila yang benarkan DAP berkuasa seperti Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming adalah UMNO sendiri,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Jumaat.

Sebelum ini, Dr Akmal menggesa kerajaan melakukan penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular termasuk aspek keselarasan silibus, penerapan nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Beliau turut mendakwa sistem pengasingan yang dilaksanakan bermula di peringkat sekolah menyebabkan wujud jurang nilai dan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia selain tidak mencerminkan wawasan bangsa Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!