Selangor FC mungkin tarik diri Piala Sumbangsih?

Selangor dijangka memutuskan sama ada akan menarik diri daripada Piala Sumbangsih atau tidak dalam masa terdekat.
Selangor dijangka memutuskan sama ada akan menarik diri daripada Piala Sumbangsih atau tidak dalam masa terdekat.
A
A
A

SELANGOR FC berkemungkinan akan menarik diri daripada perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat.

Ia susulan berkait rapat dengan keselamatan pasukan selain kejadian menimpa tonggak utama pasukan itu, Faisal Halim yang disimbah asid pada Ahad.

Menurut sumber, segala keputusan mengenai penyertaan Selangor dalam perlawanan itu akan diputuskan dalam masa terdekat.

"Keselamatan pemain dan pegawai Selangor FC terancam susulan maklumat sulit berkaitan pergerakan mereka diketahui umum.

"Penyertaan Selangor dalam Piala Sumbangsih akan diputuskan nanti," katanya.

Sebelum ini, Faisal menjadi mangsa simbahan asid dalam satu kejadian di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

Ketika ini, keadaan Faisal dilaporkan dalam keadaan kritikal dan akan menjalani beberapa pembedahan lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: