ADUN Sungai Bakap ditidurkan, komplikasi di bahagian perut

Nor Zamri Latiff
Nor Zamri Latiff
A
A
A

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dari Pas dilaporkan sudah ditidurkan selepas menghadapi komplikasi di bahagian perut.

Perkara itu disahkan Setiausaha Pas negeri, Iszuree Ibrahim ketika dihubungi di sini, pada Rabu.

Menurutnya, Nor Zamri kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

“Isteri beliau (Nor Zamri) maklumkan suaminya dimasukkan ke hospital dua hari lalu susulan sakit perut dan kini ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran daripada ahli keluarga.

“Kami dapat perkembangan mengenai kesihatan beliau daripada isterinya memandangkan orang luar tidak dibenarkan masuk ICU,” katanya ketika dihubungi.

Nor Zambri yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.

Artikel Berkaitan: