Tomkraf makanan kucing buatan Malaysia keluaran Karangkraf

Nurul Husna menunjukkan dua perisa Tomkraf iaitu ayam dan tuna.
Nurul Husna menunjukkan dua perisa Tomkraf iaitu ayam dan tuna.
A
A
A

KUMPULAN Karangkraf mengeluarkan produk baharu makanan kucing 100 peratus buatan Malaysia dikenali Tomkraf.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Tomkraf, Nurul Husna Azmi berkata, makanan kering dengan kibble yang nipis dan rangup itu dilengkapi nutrisi lengkap pada harga mampu milik.

“Produk kami ini khas buat pencinta kucing yang ingin mendapatkan makanan bernutrisi optimum kepada si bulus kesayangan pada harga yang tidak membebankan iaitu pada harga hanya RM17.90.

“Tomkraf khusus untuk kucing dewasa yang berusia satu tahun ke atas ditawarkan dalam dua perisa iaitu tuna dan ayam,” katanya kepada Sinar Harian.

Nurul Husna
Nurul Husna

Menurut Nurul Husna, produk tersebut mempunyai kandungan protein sebanyak 31.5 peratus malah ia dilengkapi pelbagai vitamin seperti A, D3, E, E2 dan K untuk membantu sistem pencernaan serta kesihatan kucing.

“Malah ia juga tidak mengandungi garam tambahan atau pewarna yang boleh menjejaskan kesihatan kucing terutama melibatkan buah pinggang haiwan kesayangan itu,” katanya.

Jelasnya lagi, Tomkraf menggunakan pembungkusan unik berbentuk zip lock bagi memudahkan penyimpanan dan mengekalkan kesegaran.

Artikel Berkaitan:

Tomkraf, produk baharu makanan kucing 100 peratus buatan Malaysia.
Tomkraf, produk baharu makanan kucing 100 peratus buatan Malaysia.

“Produk terbaharu ini sudah pun berada di Karangkraf Mall dan beberapa kedai haiwan peliharaan sekitar Shah Alam serta akan memasuki lebih banyak premis di Lembah Klang sepanjang tahun 2024 bagi memudahkan akses pembelian kepada khalayak umum.

“Makanan kucing premium ini juga tersedia untuk orang ramai membeli secara dalam talian di Shopee Rasmi Tomkraf (Tomkraf Official Store), Tiktok Shop (Tomkraf Cat Shop) dan www.karangkrafmall.com,” katanya.

Tambah Nurul Husna, orang ramai yang ingin menjadi ejen boleh menghubungi unit Pemasaran Tomkraf di talian 012-6472580.