[VIDEO] Lima keracunan makanan selepas makan kuih ketayap

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lima individu daripada tiga keluarga dimasukkan ke hospital kerana mengalami gejala keracunan makanan dipercayai selepas memakan kuih ketayap yang dibeli di Pasar Bukit Payong, Marang, pada Ahad lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang telah menerima notifikasi awal kes itu pada 28 April lalu di mana pesakit dikatakan mempunyai sejarah memakan kuih tersebut pada hari yang sama.

Menurutnya, sehingga jam 5 petang Isnin lalu, seramai tujuh individu telah tampil memaklumkan membeli kuih ketayap dari kedai yang sama.

Tular beberapa video di media sosial menunjukkan seorang lelaki menghantar ahli keluarganya menaiki ambulans ke hospital dipercayai akibat keracunan makanan.
Tular beberapa video di media sosial menunjukkan seorang lelaki menghantar ahli keluarganya menaiki ambulans ke hospital dipercayai akibat keracunan makanan.

"Daripada tujuh individu itu, lima orang mempunyai gejala cirit-birit dan muntah. Empat daripadanya telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan seorang pesakit telah diberikan rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Bukit Payong.

"Kesemua pesakit kanak-kanak dan dewasa yang dirawat di hospital berada di dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.

"Tiga kes telah dibenarkan keluar wad pada Isnin dan seorang lagi discaj pada Rabu sementara pesakit yang dirawat sebagai pesakit luar juga telah pulih sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Dr Kasemani berkata, jabatan kesihatan negeri masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tersebut yang dikhuatiri turut berisiko kepada individu lain.

Artikel Berkaitan:

"Kita telah ambil beberapa sampel sama ada makanan, daripada pengendali dan bahan-bahan yang digunakan di premis terbabit," ujarnya.

Baru-baru ini tular beberapa video di media sosial menunjukkan seorang lelaki menghantar ahli keluarganya menaiki ambulans ke hospital dipercayai akibat keracunan makanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!