Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa

Seorang budak perempuan berusia tiga tahun meniru suara singa. - Agensi
Seorang budak perempuan berusia tiga tahun meniru suara singa. - Agensi
A
A
A

LONDON - Seorang budak perempuan berusia tiga tahun meniru suara singa mengaum tular di media sosial baru-baru ini.

Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu apabila kanak-kanak itu dia mengaum seperti singa seperti dilihat dalam televisyen atau zoo.

Dalam video itu kanak-kanak itu menerangkan satu persatu cara dia mengaum seperti menyedut udara menerusi hidung dan kemudian mengeluarkan secara serentak melalui mulut.

Video itu mendapat tontonan satu juta sejak ia dimuat naik pada 25 April lalu.

Ramai netizen memberi komen mengenai kebolehan Scott meniru suara singa sebenar dan segelintir menyatakan kemahiran itu mudah ditiru kanak-kanak berbanding orang dewasa.

"Kanak-kanak belajar dengan cepat dan mampu melakukan apa saja yang mereka fikirkan.

"Itulah, sebagai ibu-bapa anda perlu ingat apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dunia ini supaya mereka dapat membesar dengan sihat," kata netizen yang mengagumi kaletah kanak-kanak itu bercakap. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: