Kerajaan Madani hargai peranan pekerja bangunkan ekonomi, negara - PM

Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama
Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Madani akan terus menghargai serta mengiktiraf setiap peranan dimainkan pekerja dalam menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

Beliau berkata, Malaysia meraikan Hari Pekerja hari ini bukan sebagai agenda pesta tahunan tetapi untuk mengiktiraf setiap peranan pekerja bermula daripada peringkat rendah hingga ke pihak pengurusan.

"Saya harap Hari Pekerja pada tahun ini akan memberikan rangsangan supaya pengiktirafan itu dari segi ganjaran, rasa hormat dan rasa ihsan kepada pekerja itu dapat kita tingkatkan,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam Facebook beliau pada Rabu.

Beliau mewakili Kerajaan Madani turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat yang ditunjukkan pekerja selama ini.

Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan dengan tema 'Pekerja Kesuma Bangsa' diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Rabu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: