'Isteri tersungkur atas jalan disergah, dikejar anjing liar'

Seorang isteri mengalami bengkak di dahi berkemungkinan berlaku cairan darah dalam kulit sehingga memasuki kelopak mata selepas terjatuh dikejar anjing liar. Pergelangan tangan kiri patah akibat dikejar anjing liar di Bandar Baru Bangi pada Rabu.
Seorang isteri mengalami bengkak di dahi berkemungkinan berlaku cairan darah dalam kulit sehingga memasuki kelopak mata selepas terjatuh dikejar anjing liar. Pergelangan tangan kiri patah akibat dikejar anjing liar di Bandar Baru Bangi pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) digesa mengambil tindakan berhubung kumpulan anjing liar yang mengancam keselamatan penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi.

Menerusi ciapan di aplikasi X, seorang pengguna, Aderian Ahmad memberitahu, gangguan anjing liar itu menyebabkan isterinya terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 10 pagi pada Rabu.

Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila sekumpulan anjing liar membuat sergahan dan mengejar isterinya hingga terjatuh.

"Isteri saya tersungkur dengan kepala terhantuk di bahu jalan menyebabkan pergelangan tangan kirinya patah," katanya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, isterinya terpaksa datang semula ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

"Isteri mengalami bengkak di dahi berkemungkinan berlaku cairan darah dalam kulit sehingga memasuki kelopak mata.

"Harap (kejadian) ini mendapat perhatian pihak berwajib kerana kesan daripada kacau ganggu haiwan liar membawa kemudaratan kepada manusia," tambahnya.

Dalam ciapan terbaharu, Aderian Ahmad berterima kasih kepada Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah yang mengambil tindakan berkaitan isu anjing liar.

Artikel Berkaitan:

"Moga masing-masing bersama demi rakyat hingga ke noktahnya.

"Saya juga difahamkan masing-masing sudah mengambil langkah bersesuaian, terima kasih," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!