Pengundi pilih prestasi calon, bukan faktor kaum - DAP

Michelle ketika menjadi panelis Wacana siri 438 bertajuk 'Apa khabar, Kuala Kubu Baharu?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Michelle ketika menjadi panelis Wacana siri 438 bertajuk 'Apa khabar, Kuala Kubu Baharu?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Trend pengundi dilihat berubah dengan memilih wakil rakyat berdasarkan prestasi yang dimiliki calon bertanding dan bukannya faktor kaum.

Ketua Biro Dasar Awam Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Michelle Ng Mei Sze berkata, calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan berpeluang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

"Saya melihat ada sedikit pergerakan daripada pemilihan wakil rakyat berdasarkan kaum kepada prestasi, peluang untuk DAP menang ada.

"Melihat kepada legasi mendiang Lee Kee Hiong yang diterima oleh majoriti penduduk Melayu di Kuala Kubu Baharu. Bila kita turun kawasan majoriti Melayu, penerimaan mereka positif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana siri 438 bertajuk 'Apa khabar, Kuala Kubu Baharu?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan, Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian dan Setiausaha Negeri Perikatan Nasional (PN) Selangor, Dr Afif Bahardin sebagai panel.

Jelas Michelle Ng, pada waktu sekarang pola politik sudah mengalami perubahan.

"Melihat kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 lalu, Kee Hiong telah dipilih warga Kuala Kubu Baharu.

Artikel Berkaitan:

"Contohnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek (majoriti Melayu 68 peratus) melebihi majoriti Melayu di Kuala Kubu Baharu (49 peratus), dalam keadaan itu calon DAP tetap menang walaupun tipis.

"Jika melihat negeri-negeri lain, kerusi Bukit Bendera dimenangi Syerleena Abdul Rashid dan Tanjung Bunga oleh Zairil Khir Johari di Pulau Pinang, serta Skudai, Johor dimenangi Marina Ibrahim, semua kawasan ini majoritinya Cina," katanya.

Menurut beliau, apa yang menarik di ketiga-tiga kawasan berkenaan merupakan majoriti bukan Melayu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Selangor berkata, kerusi-kerusi yang majoriti Melayu kini sudah mula dapat menerima wakil rakyat yang bukan Melayu.

"Malah ada kawasan yang majoriti bukan Melayu boleh menerima wakil rakyat mereka berbangsa Melayu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!