'Kenaikan gaji penjawat awam 35 peratus pada 2007 hanya kumpulan gred rendah'

Fahmi Fadzil - Foto: Bernama
Fahmi Fadzil - Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan kenaikan gaji penjawat awam sehingga 35 peratus yang diumumkan kerajaan pada 2007 melibatkan kumpulan gred rendah iaitu gred satu.

Menurut Fahmi, ketika itu tangga gaji bagi kumpulan tersebut hanya sekitar RM800 sahaja.

"Bagi yang sebar kenaikan 35 peratus pada 2007, ada dua perkara sangat penting. Mereka hanya baca tajuk sahaja dan tidak teliti kandungan berita, 35 peratus pada waktu itu kumpulan pelaksanaan dua gred satu.

"Ketika itu gred satu pada 2007, pendapatan RM800 sebulan. Keadaan ekonomi jauh berbeza," katanya kepada pemberita selepas perasmian pejabat Pakatan Harapan (PH) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kenaikan gaji 13 peratus penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sambutan Hari Pekerja pagi tadi merupakan kenaikan tertinggi dalam sejarah.

Fahmi berkata, kumpulan tertinggi dalam penjawat awam ketika itu menerima kenaikan gaji 7.5 peratus.

" Kenaikan 35 peratus waktu itu hanya satu per empat daripada cerita penuh, kenaikan gaji lebih 13 peratus lebih tinggi daripada kali terakhir Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dikaji semula pada 2012.

"Apapun bermula 1 Disember penjawat awam dapat nikmati gaji lebih," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!